Saturday, 31 October 2015

LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN HARDWARE

MOTHERBOARD

1. Letakkan motherboard dengan memasukkan ia ke dalam rear panel cover terlebih dahulu. Lakukan dengan berhati-hati supaya pin pada motherboard tidak patah



2. Kenalpasti lokasi lubang untuk memasukkan skru motherboard. Gerakkan motherboard ke arah lokasi lubang yang betul



3. Pastikan skru yang dipasang tidak longgar tetapi tidak terlalu ketat sehingga memecahkan motherboard



5. Motherboard telah siap dipasang




PROCESSOR

1. Kenalpasti kedudukan soket processor pada motherboard dan buka klip soket Processor




2. Lihat pada processor kenalpasti bahagian notch yang terdapat pada processor



3. Letakkan sedikit thermal paste di atas processor bagi mengurangkan panas pada processor



4. Tutup klip pada soket processor 




5. Kemudian pasang CPU fan di atas processor bagi melengkapkan proses pemasangan. Processor siap dipasang




RAM

1. Tentukan soket / slot yang sepadan dengan kaki pin pada RAM. Buka pemegang RAM pada soket / slot tersebut dengan menggunakan sedikit tekanan dan tolak keluar



2. Pastikan RAM berada dalam kedudukan posisi yang betul dan tepat semasa memasang. Kaki pin RAM yang melengkung mestilah selari dengan soket / slot RAM yang menonjol dan sepadan dengan palam yang betul



3. Secara automatik klip di kanan dan kiri akan mencengkam pada RAM dan siap dipasang





HARDISK

1. Setkan jumper pada hardisk dan format jumper sebagai Master



2Masukkan hardisk kedalam pemegang hardisk dan suaikan kedudukan hardisk secara mendatar dan menghadap arah hadapan casing



3Sambungkan kabel kepada penyambung dan pastikan arahnya tepat dengan berpandukan arah yang ditunjukkan pada kabel tersebut



4. Sambungkannya dengan penyambung tali pintal berbentuk heksagon pada hardisk dengan tepat dan betul dan siap dipasang




GRAPHIC CARD

1. Masukkan graphic card pada motherboard dengan betul dan berhati-hati mengikut kaki port yang betul



2. Masukkan graphic card dengan rapat dan ketat dan skru pada casing




POWER SUPPLY

1. Pastikan kedudukan tempat punca power supply adalah betul



2. Masukkan power supply ke dalam casing dengan kedudukan yang betul. Pastikan alur atau lubang skru power supply adalah selari dengan lubang pada casing



3. Pasang skru yang betul pada lubang skru pada power supply



4. Pasang kabel 24 pin ATX pada papan induk



5. Pasang kabel 4 pin ATX pada papan induk



6. Pasang kabel power connector 15 pin SATA pada Hardisk dan DVD ROM



7. Pasang power cord untuk power supply seperti dalam rajah di bawah



8. Pasang semula penutup casing yang telah dibuka




















No comments:

Post a Comment